Friday, 23 October 2015

Produk Muka Mary Kay

Kulit berjerawat adalah mimpi ngeri bagi mana-mana ladies kat luar sana. Bagi Ain sendiri, ni lah mimpi ngeri yang dilalui 1 1/2 years ago.

Seriously, rasa lack of confidence dan rasa nak cantik semula macam masa muda Ain dulu (terasa tua la konon). Kulit Ain berjerawat gara-gara produk yang tidak sesuai.

Nak sebut nama produk baik jangan, kang kena saman lak! Senang cakap produk korea la, boleh nampak cawangan dia kat mana-mana mall besar.

Nak tunjuk la kulit dulu.


Nampak tak? Jerawat tumbuh pada pipi, dagu dan dahi Ain. Seriously rasa nak nangis je dulu. Sakit yang amat masa berjerawat dulu. 

Jenis jerawat yang tiada mata (jenis nodul) - benjolan keras di bawah permukaan kulit, besar dan amat menyakitkan dan kadang kala tidak akan hilang hingga berbulan-bulan. Akan menyebabkan parut yang berlubang dan akan naik jerawat pada parut yang sama jika tidak dirawat dengan betul.

Jenis jerawat bernanah ( jenis pustules) - jerawat jenis radang kemerahan dengan pusat yang bernanah (kuning @ putih)

2 jenis jerawat ni yang Ain alami selama 1 1/2 years. 


Solution Ain?

Produk muka yang terkenal ni! Mary Kay http://www.marykay.com.my/


Mary Kay Botanical Effects Skin Care: Ada 4 regim kena follow tau. 
  1. Cleanse (pencuci muka): tidak berbuih
  2. Toner (penyegar muka): tidak menyebabkan kulit jadi tegang (kering)
  3. Moisturizer (pelembap muka): tidak melekit
  4. Masker: tidak melukakan kulit (pemakaian 1 kali/seminggu)
Kena tau juga, produk ini datang dalam bentuk 3 jenis mengikut kondisi kulit kita iaitu: dry skin, normal skin dan oily skin.

Ain pakai yang oily skin sebab ain suka pencuci yang berbentuk gel dan kulit muka Ain adalah jenis combination (oily & dry). 

Alhamdulillah, kulit Ain makin cantik dan hanya tinggal parut-parut jerawat sedikit. Tujuan Ain hanya berkongsi pengalaman Ain dan bukan untuk menjual produk ya.

Harga produk ni boleh tahan juga tapi sesuai dengan penggunaannya. Harga 1 set (4 item) adalah RM 300 (lebih kurang la) dan pengunaannya boleh bertahan hingga 6 - 7 BULAN!

Sangat berbaloi tau harga dia! Ni wajah terbaru Ain, tak berubah tapi bebas jerawat!


Tu je la perkongsiaan dari Ain. I'm a happy person with a lot of confidence.

Friday, 9 October 2015

Unforgetabble Moments in Sabah!


October 2015: Sudah 2 tahun kerja kat sabah, macam-macam pengalaman dah lalui. Macam-macam kenangan kat sini. So.. Come to Sabah to experience unforgettable moment here! #ParaglidingKompleksSukanRanauSabah

I'm here in Sabah!




1 April 2013: Terima surat dari Kementerian Pendidikan berkhidmat sebagai pensyarah di Sabah. Impian nak la mendaki Gunung Kinabalu, tapi malangnya lutut kaki tak la berapa kuat.. Maybe satu hari nanti.. kekekeke