Assalammualaikum,
Ni cerita Ain bulan lepas sebenarnya, tapi sebab asyik sibuk bekerja tak ada masa nak update blog.. hehehehe
Tapi kadang-kadang kita kena biar gambar yang berbicara...
Memang tujuan utama Ain datang sini sebab nak berehat. Pantai tempat ni sangat-sangat bersih oooo...
Harga tempat tinggal pun berpatutan beserta package makan tau!
Ain sangat-sangat syorkan tempat ni kepada sesiapa nak mandi manda or nak berehat or sightseeing macam Ain.
Monday, 11 April 2016
Monday, 16 November 2015
Facial Treatment
Assalammualaikum,
Post entry tertulis facial treatment kan... So, Ain pun cerita la pasal facial treatment yang wajib Ain pegi tiap-tiap bulan.. Tidak terlalu mahal & sangat berbaloi!. Bila buat je treatment mesti tertido la (xberdengkur ok!).
Bila buat facial treatment yang betul, pemeriksaan kulit kena buat terlebih dahulu sebab kena tau jenis kulit anda. Kalau anda pergi Facial Spa tapi staff dia tak buat skin analysis, cepat-cepat angkat kaki keluar sebab tanpa analysis dan perbincangan memang akan merosakkan kulit anda sendiri.
Ain dah kena sekali, makin teruk jerawat dan bengkak dari treatment surut lepas sebulan tau! Tak payah la kita nak sebut mana tempat dia, nanti kena saman!
So, Ain nak kenalkan satu tempat yang Ain sangat2 recommend!


(credit gambar dari website Herbaline)
Ramai kawan-kawan Ain tanya, apa yang bestnya Herbaline ni?. Mai nak habaq hang.
- Undergo skin analysis.
- Undergo discusssion dengan customer for package terbaik mengikut skin type.
- Harga yang affordable nak bayar. (include GST 6% - product & service).
- Package facial include massage (ni paling best!).
- Before and after facial diberi minum herbal tea.
- Boleh request staff yang sama untuk next appointment (kalau dia free).
- Session 2 hours +.
Apa-apa pun Ain tak cakap sesetengah tempat tu tak bagus, cuma Ain berkongsi pengalaman best Ain!
Orang selalu bertanya kat Ain, kenapa nak kena pergi facial?. Jawapan Ain mudah ja, nak memperbaiki condition kulit & mencegah kulit dari jadi lagi teruk! Mencegah lagi elok dari merawat kan... (ayat betul ka?)
Semua ini terpulang kepada individu dan poket anda...
Sunday, 8 November 2015
Crafty Time II: Pom Pom Crepe Paper
Bila hujung minggu, mesti tak tau nak buat apa. So ni la keje Ain, buat benda yang kita suka dan minat. Dari Ain buang masa lepak kat mall & bazir kan duit Ain, better Ain buat benda berfaedah.
This weekend, Ain buat pom pom dari crepe paper. Sebenarnya senang sangat & banyak kegunaan pompom ni tau! Jom Ain tunjuk cara-cara dia..
Bahan2:
- Crepe Paper (pelbagai warna)
- Tali kasar (boleh guna dawai pengikat bunga telur)
- Gunting
- Gunting 4 keping crepe paper menjadi segi empat (segi empat sama@ tepat - terpulang pada anda). Gabungkan 4 keping crepe paper ni tau!
- Kemudian, lipat crepe paper seperti membuat kipas tangan. Ikat tali kasar / dawai pada tengah lipatan crepe paper.
- Bukakan lipatan agar mudah kita bentukan menjadi pom-pom
- Tarik pelahan-lahan 1 keping crepe paper ni dahulu pada sebelah bahagian ke atas dan kembangkan kertas. Kemudian tarik di sebelah bahagian dan kembangkan.
- Ulang langkah di atas pada kesemua 4 keping lipatan. Langkah ini perlu berselang seli seperti di atas.
Pom-pom boleh dijadikan pelbagai hiasan tau!. Contohnya: bunga pahar / bunga telur & majlis decoration. Tengok la gambar kat bawah ni, baru faham lebih sikit..
(credit gambar dari google & instagram)
So, kepada yang hendak melangsungkan majlis perkahwinan, anda boleh la buat booth prop decoration anda sendiri sebenarnya.
Kepada yang rajin, boleh la buat bunga telur anda sendiri mcm gambar kat atas ni. Atau anda boleh beli di instagram @gubahan_hantaran_nyssa. Dia jual Rm1/pc, murah sangat2.
Ain promote sebab nak bantu bangsa kita untuk berjaya tau! NO komisen pun...
Selamat mencuba!
Thursday, 5 November 2015
Crafty Time: Bunga Felt
So malam tadi Ain belajar buat bunga felt. Orang tengah ada banyak masa kena la habiskan masa dengan benda berfaedah (ye kot).
Cara-cara dia Ain belajar kat internet je. Banyak cara tapi Ain pilih yang paling simple. Ok la, cakap banyak pun tak guna kan. So bawah ni la cara prosedurnya:
Bahan2:
Cara2:
Bunga felt ini boleh dijadikan sebagai perhiasan untuk cekak rambut, bantal, bag, keronsang dan bermacam-macam lagi.
Cara-cara dia Ain belajar kat internet je. Banyak cara tapi Ain pilih yang paling simple. Ok la, cakap banyak pun tak guna kan. So bawah ni la cara prosedurnya:
Bahan2:
- Kain felt - pelbagai warna (beli kat Daiso)
- Benang
- Jarum jahit
- Gunting
Cara2:
- Gunting 6 bulatan pada kain felt (sama saiz dan ukuran mengikut besar bunga yang anda mahu)
- Lipat bulatan 1st menjadi 1/2 bahagian dan lipat menjadi 1/4 bahagian.
- Dengan menggunakan benang dan jarum, jahit di hujung bucu bulatan. Pastikan kesemua lipatan dijahit sekali (so jadi kelopak lipatan). Jahit kesemua 5 bulatan menjadi kelopak dan tinggalkan 1 bulatan tidak berjahit untuk dijadikan tapak.
- 1st kelopak di letakkan di atas tapak dan hujung bucu kelopak dijahit pada tapak. Seterusnya, 2nd kelopak disusun di atas tapak (mesti bucu kelopak 1st bertemu bucu kelopak 2nd) dan dijahit.
- Ulang langkah ini pada kelopak 3rd dan 4th (mesti bucu kelopak bertemu bucu kelopak yang lain - so 4 bucu kelopak akan bertemu).
- Kelopak yang terakhir (kelopak 5th) akan dijahit pada atas kesemua empat bucu kelopak.
- Langkah terakhir betulkan kesemua kelopak bagi menampakkan bunga anda seperti mengembang.
Bunga felt ini boleh dijadikan sebagai perhiasan untuk cekak rambut, bantal, bag, keronsang dan bermacam-macam lagi.
(credit gambar dari Google)
Prada Lace
This week just nak bagitau Ain baru je beli prada lace dari satu instagram ni. Cantik sangat lace yang dijual dan ada bermacam-macam warna. Harga dia sangat berpatutan dan kualiti terbaik!
Sesiapa yang berminat nak beli boleh la beli kat instagram dia instagram.com/jizhijab atau boleh je taip kat instagram @jizanlykl atau whatapps 0162223450.
Bersemangat bagitau sebab tak menyesal beli kat sini. Bila dah buat baju nanti Ain show off la... hahahaha
Ni Ain tunjuk gambar lace yang dah sampai semalam.
Gambar 1: Prada lace
Sesiapa yang berminat nak beli boleh la beli kat instagram dia instagram.com/jizhijab atau boleh je taip kat instagram @jizanlykl atau whatapps 0162223450.
Gambar 2: Instagram Owner
Selain dari prada lace, owner dia pun jual bebunga3d yang dipakai oleh artis Hanez Suraya semasa majlis nikahnya. Macam gambar di atas ya!
Friday, 23 October 2015
Produk Muka Mary Kay
Kulit berjerawat adalah mimpi ngeri bagi mana-mana ladies kat luar sana. Bagi Ain sendiri, ni lah mimpi ngeri yang dilalui 1 1/2 years ago.
Seriously, rasa lack of confidence dan rasa nak cantik semula macam masa muda Ain dulu (terasa tua la konon). Kulit Ain berjerawat gara-gara produk yang tidak sesuai.
Nak sebut nama produk baik jangan, kang kena saman lak! Senang cakap produk korea la, boleh nampak cawangan dia kat mana-mana mall besar.
Nak tunjuk la kulit dulu.
Nampak tak? Jerawat tumbuh pada pipi, dagu dan dahi Ain. Seriously rasa nak nangis je dulu. Sakit yang amat masa berjerawat dulu.
Jenis jerawat yang tiada mata (jenis nodul) - benjolan keras di bawah permukaan kulit, besar dan amat menyakitkan dan kadang kala tidak akan hilang hingga berbulan-bulan. Akan menyebabkan parut yang berlubang dan akan naik jerawat pada parut yang sama jika tidak dirawat dengan betul.
Jenis jerawat bernanah ( jenis pustules) - jerawat jenis radang kemerahan dengan pusat yang bernanah (kuning @ putih)
2 jenis jerawat ni yang Ain alami selama 1 1/2 years.
(http://secretbeautyshop.blogspot.my/2013/01/tip-cantik-jenis-jenis-jerawat-dan.html) - kredit dari blogspot org ini.
Solution Ain?
Produk muka yang terkenal ni! Mary Kay http://www.marykay.com.my/
Mary Kay Botanical Effects Skin Care: Ada 4 regim kena follow tau.
- Cleanse (pencuci muka): tidak berbuih
- Toner (penyegar muka): tidak menyebabkan kulit jadi tegang (kering)
- Moisturizer (pelembap muka): tidak melekit
- Masker: tidak melukakan kulit (pemakaian 1 kali/seminggu)
Ain pakai yang oily skin sebab ain suka pencuci yang berbentuk gel dan kulit muka Ain adalah jenis combination (oily & dry).
Alhamdulillah, kulit Ain makin cantik dan hanya tinggal parut-parut jerawat sedikit. Tujuan Ain hanya berkongsi pengalaman Ain dan bukan untuk menjual produk ya.
Harga produk ni boleh tahan juga tapi sesuai dengan penggunaannya. Harga 1 set (4 item) adalah RM 300 (lebih kurang la) dan pengunaannya boleh bertahan hingga 6 - 7 BULAN!
Sangat berbaloi tau harga dia! Ni wajah terbaru Ain, tak berubah tapi bebas jerawat!
Tu je la perkongsiaan dari Ain. I'm a happy person with a lot of confidence.
Friday, 9 October 2015
Unforgetabble Moments in Sabah!
October 2015: Sudah 2 tahun kerja kat sabah, macam-macam pengalaman dah lalui. Macam-macam kenangan kat sini. So.. Come to Sabah to experience unforgettable moment here! #ParaglidingKompleksSukanRanauSabah
Subscribe to:
Posts (Atom)