Sunday, 8 November 2015

Crafty Time II: Pom Pom Crepe Paper

Bila hujung minggu, mesti tak tau nak buat apa. So ni la keje Ain, buat benda yang kita suka dan minat. Dari Ain buang masa lepak kat mall & bazir kan duit Ain, better Ain buat benda berfaedah.

This weekend, Ain buat pom pom dari crepe paper. Sebenarnya senang sangat & banyak kegunaan pompom ni tau! Jom Ain tunjuk cara-cara dia..

Bahan2:

  1. Crepe Paper (pelbagai warna)
  2. Tali kasar (boleh guna dawai pengikat bunga telur)
  3. Gunting
Cara2:

  • Gunting 4 keping crepe paper menjadi segi empat (segi empat sama@ tepat - terpulang pada anda). Gabungkan 4 keping crepe paper ni tau!

  • Kemudian, lipat crepe paper seperti membuat kipas tangan. Ikat tali kasar / dawai pada tengah lipatan crepe paper.

  • Bukakan lipatan agar mudah kita bentukan menjadi pom-pom


  • Tarik pelahan-lahan 1 keping crepe paper ni dahulu pada sebelah bahagian ke atas dan kembangkan kertas. Kemudian tarik di sebelah bahagian dan kembangkan.


  • Ulang langkah di atas pada kesemua 4 keping lipatan. Langkah ini perlu berselang seli seperti di atas.




Pom-pom boleh dijadikan pelbagai hiasan tau!. Contohnya: bunga pahar / bunga telur & majlis decoration. Tengok la gambar kat bawah ni, baru faham lebih sikit..


(credit gambar dari google & instagram)

So, kepada yang hendak melangsungkan majlis perkahwinan, anda boleh la buat booth prop decoration anda sendiri sebenarnya. 

Kepada yang rajin, boleh la buat bunga telur anda sendiri mcm gambar kat atas ni. Atau anda boleh beli di instagram @gubahan_hantaran_nyssa. Dia jual Rm1/pc, murah sangat2.

Ain promote sebab nak bantu bangsa kita untuk berjaya tau! NO komisen pun... 

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment