Cara-cara dia Ain belajar kat internet je. Banyak cara tapi Ain pilih yang paling simple. Ok la, cakap banyak pun tak guna kan. So bawah ni la cara prosedurnya:
Bahan2:
- Kain felt - pelbagai warna (beli kat Daiso)
- Benang
- Jarum jahit
- Gunting
Cara2:
- Gunting 6 bulatan pada kain felt (sama saiz dan ukuran mengikut besar bunga yang anda mahu)
- Lipat bulatan 1st menjadi 1/2 bahagian dan lipat menjadi 1/4 bahagian.
- Dengan menggunakan benang dan jarum, jahit di hujung bucu bulatan. Pastikan kesemua lipatan dijahit sekali (so jadi kelopak lipatan). Jahit kesemua 5 bulatan menjadi kelopak dan tinggalkan 1 bulatan tidak berjahit untuk dijadikan tapak.
- 1st kelopak di letakkan di atas tapak dan hujung bucu kelopak dijahit pada tapak. Seterusnya, 2nd kelopak disusun di atas tapak (mesti bucu kelopak 1st bertemu bucu kelopak 2nd) dan dijahit.
- Ulang langkah ini pada kelopak 3rd dan 4th (mesti bucu kelopak bertemu bucu kelopak yang lain - so 4 bucu kelopak akan bertemu).
- Kelopak yang terakhir (kelopak 5th) akan dijahit pada atas kesemua empat bucu kelopak.
- Langkah terakhir betulkan kesemua kelopak bagi menampakkan bunga anda seperti mengembang.
Bunga felt ini boleh dijadikan sebagai perhiasan untuk cekak rambut, bantal, bag, keronsang dan bermacam-macam lagi.
(credit gambar dari Google)
No comments:
Post a Comment